Pada mulanya, kami membuat rancangan untuk berjalan dari Georgetown hingga ke Gelugor sebolehnya. Bajet nak cari shot banyak-banyak la. Tapi, apakan daya, tiba-tiba pulak ada kelas revision dan hari waktu itu pun macam nak hujan. Sebagai peringatan, kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan.
Heritage Walk bermula:
Memandangkan malas melanda diri, gambar yang dipostkan pada kali ini hanya bertemakan kenderaan sahaja. Gambar yang lain akan dipostkan di lain hari.
Seorang anak pulang dari mengaji kelas agama dengan menaiki motosikal ayahnya.
Gambar ni ada magic sikit ya. Kalau nak tahu, mata si ayah boleh tengok orang dalam-dalam. Korang duduk la kat mana-mana pun. Dia boleh nampak !!
______________
Panning, panning ni memang tak memberansangkan. Memandangkan motosikal kat area ni bergerak perlahan, shutter kamera terpaksa dilambatkan sampai tak sharp langsung dah gambar hari ni. Cuaca pun mendung macam nak hujan.
Lukisan oleh artis Ernest Zacharevic. Sebahagian projek jalanan bertajuk Mirrors George Town
Kedai basikal berhampiran.
Mini Muda
Mini Tua
Refleksi: Street fotografi sememangnya sangat mencabar. Banyak guna tenaga dan masa. Memandangkan kat kawasan George Town ada banyak subjek menarik, maka tak rugi lah kalau nak "prekis" untuk bergambar sambil makan angin kat sini. Kebanyakan gambar yang di'snap' pada hari tersebut tak ada orang, takda momment yang menarik. Jadi, tak ada feel kat dalam gambar tu la kan. Pfft~
p/s: kalau frame orang kat dalam, sebaiknya biar nampak riak mukanya sekali. tips#?
p/s: kalau frame orang kat dalam, sebaiknya biar nampak riak mukanya sekali. tips#?




No comments:
Post a Comment