CAR CRASH HEARTS

Ada korang ingat pasal post ini.? Tau tak, band apa yang wat show kat dalam gambar tu? Hahaha.. mana pernah saya bagitau pun.. Presenting.. Car Crash Hearts!! 
Nak tahu lebih lanjut pasal band nih, boleh search kat Google, Myspace atau Facebook : )

Apa yang penting sangat pasal gambar nih? Kalau nak tahu, inilah gambar persembahan band pertama saya dalam hobi nih. Nak tahu cerita di sebalik detik gambar ni diambik? Macamni.. masa malam tu, saya ada dapat cerita yang Bittersweet nak mai Penang... untuk konsert Rock 4 Rights anjuran PKR kot..

Bila sampai, bukak beg terus snap gambar bebanyak. sebab nak cari setting yang mantop!! Snap punya snap, bateri abeh.....lepastuh terlepas lah peluang nak snap show Bittersweet malam tuh.. haha..

Bak kata orang, setiap kejadian ada hikmah kan? tengok? lawa tak gambar kat bawah nih? ok la kot walaupun tak berapa nak menepati ciri-ciri "sharp and crisp" yang diidam-idamkan tuh.. Sekurang-kurangnya dah belajar banyak dah pasal lighting malam tuh..

(atas)Ni gambar yang paling sharp. Gambar abang "Bo". Dekat kaki dia ada efek yang gila bagai.

(Atas) Gambar ni pun tak ok sebab terfokus dekat batang mikrofon.. huhu

Jeng. Jeng. Jengggg..

MEOW MEOW

Gambar Si Botek dalam bilik air tengah malam-malam. Hanya ada 2 keping sahaja. Mana yang lain? Di masa akan datang..

  Minum air "water cooler"
 Posing bersama Tok Lipas.

"kucing anda bukan anda. kucing tetap kucing. anda tetap anda." ayat sendiri bikin

BUKIT BENDERA


19 Nov, Bawak adik-adik jalan-jalan kat Bukit Bendera. Tak banyak gambar yang sempat di ambil memandangkan masa yang suntuk. Kat sini ada sedikit photo collage yang telah dihasilkan.

                                  Jalan Tuanku Yahya Petra



 Playground
Keretapi



Wafa & Ayu - Ayu & Wafa
 
Jambatan Pulau Pinang

OCEAN BLUE ISLAND

Cover untuk album angan-anganan. Sebenarnya nak test font baru, font Coamei by Jef Triforce

cover 1:

Cover 2:

MIMOSA PUDICA - POSTCARDS

Nak di jadikan rezeki aku semalam. Tetiba ja terjumpa semalu berbunga kuning kat Queen's Bay. Pokok semalu ni pun agak tinggi. Paras perut jugak tu. Mengikut palan asal, nak amik gambar sunset. Kat QB mana ada sunset. Sunrise ada la.. Hahaha.. Hadoi. 

Semalu kuning. Jaga-jaga, mudah rosak nih. Pegang kasi elok-elok taw. Nanti rosak alam sekitar. : )
 
 Bawah: Ni paling sharp pun. Aku xda lens makro bai.
Bawah: Paling Dramatik. Ala-ala romantis
 
Lens yang digunakan: Tamron 17-50mm f2.8 VC

LANGKAWI SKYBRIDGE

Melalui lanskep SkyBridge ini, saya telah melakukan HDR toning untuk mendapatkan pencahayaan yang lebih dramatik dan sedikit burn/dodge editing pada skybridge tersebut. 31 Okt 11

Lanskep SkyBridge ini membawakan satu pengalaman baru dalam HDR toning kepada saya. Proses HDR bukanlah satu proses yang mudah. Bukan sekali klik terus jadi. Perlu banyak penelitian dan pembaikpulihan. Perlu banyak merujuk dan belajar lagi kot..Hurm..

PENCETAK


1.31 am : Set meja. Operasi membaiki printer bermula (post status kat facebook)
‎1.48 am : Siap dibaiki.. masa diambil 17min.. tindakan: refill ink kuning, Deep cleaning & Test print..
1.50 am : Operasi mengemas meja.
1.54 am : Jarum picagari masuk dalam sinki.. ngong..~


at least printer semua dah ok macam biasa. ~ayat memujuk

CLASSMATE

Tokey gambar tak ada dalam ni na..

 Atas: Paka, Shap, Paan, Seni, Nije, Akmal, Aidill, Paie, Hanief, Alan
Bawah: Mira, Zah, Sya, Ana, Syida, Siti, Izza, Diha, Aliza, Qda, Fatin
~Dari Kiri~

PARKIR


Parking paling melampau. Parking di atas Blok Kolej Kediaman. Gambar ini sebenarnya hanya ilusi dari refleksi pada tingkap. :)

imej diambil bersama rakan. Terima kasih Hanif Rusli

TANGGA

Kisah Tangga
tangga bas buruk maktab

Situasi 1:
j: mintak tunjuk ajar, salah dan silap harap dimaafkan
s: insyaAllah, kitorang akan tolong

Situasi 2:
s: eh, kamu ni mcm tak sihat ja saya tgk. kamu ok?
j: rasa macam demam-demam la, tolong bagi pinjam moto boleh? Nak pegi klinik la.
s: boleh, bawak elok-elok, jangan lupa amik m.c tau.

Situasi 3: Si J tengah bersiap ke surau.
s: J, nak ke surau ek? tunggu sat, kita pi sekali.
j: ok!
s: lain kali, kalau nak g surau, ajak la orang lain sama. tak kan nak masuk syurga sesorang. *senyum

Kat hostel, kita memang boleh belajar pasal jiran tetangga.

AQUARIUM 1.0

Kat bilik saya terdapat satu perhiasan seperti aquarium. Memandangkan tak ada kerja yang dibuat, maka saya mencuba untuk mengambil gambar aquarium tersebut sebagai aktiviti mengisi masa lapang.

Kaedah; saya cuma menggunakan helaian A4 sebagai white box di belakang supaya kerja edit mengedit dapat dilakukan dengan mudah. Setelah siap pengambaran dan pengeditan, inilah hasilnya ya..

 Pose 1, Semua gambar yang diambil menggunakan Nikkor18-55, Lampu kalimantang dan cermin sebagai reflektor. Untuk menjadikan background berwarna putih, saya menggunakan teknik color dodge di dalam CS5. Color balance di ubah pulak untuk menaikkan warna biru aquarium.

Pose 2

Pose 3

 
Maaf lah sekiranya hasil pada kali ini begitu cincai kelihatan. Maklumlah, sibuk gila sekarang ni. Wat masa ni, gambar aquarium saja la yang boleh letak kat sini. Harap-harap esok ada gambar Proton Inspira, tak pun sebijik kereta F1.. peace

MY CURRENT DESKTOP

Ini adalah desktop saya... sebelum kerja menyiapkan assignment bermula..hahaha

Wallpaper di download dari deviant art. Search Mr. Google

BANNER

Pertama sekali, saya sepatutnya berada di padang institut untuk sesi mikroteaching. Disebabkan beberapa perkara berlaku, kelas batal. :) Maka kesempatan ini sayagunakan untuk membuat satu post mengenai bannner yang pernah saya hasilkan.

Banner pertama yang pernah saya hasilkan ialah banner sambutan Kejohanan Balapan & Padang IPG Kampus Pulau Pinang. Banner yang paling penat pernah dihasilkan disebabkan baru belajar lagi masa tu.. Akhirnya, banner ni terpampang jugak dekat astaka institut. :)

Kemudian, peluang untuk belajar membuat banner ini diteruskan dengan tugasan membuat banner untuk program Minggu Disiplin Institut. Kat sini, korang boleh lihat kemahiran mengunakan elemen semakin bertambah sikit.
Alhamdulillah, banner ini siap ditandatangani oleh Tuan Pengarah IPG, Tuan Khalid dan telah digantung di dalam Institut.

Seterusnya pulak, banner untuk Bulan Teknologi Maklumat peringkat IPG. Dalam tugasan ini, senarai aktiviti perlu dimuatkan di dalam banner. Disebabkan masa yang suntuk, setiap aktiviti hanya diletakkan nama sahaja.
Maaf kepada pihak penganjur disebabkan warna hijau pada tulisan anda tidak timbul nampaknya.. adeh..

Terbaru, adalah banner untuk Karnival Sukan IPG Zon Utara. Untuk tugasan kali ini, terdapat pemilihan diadakan bagi menentukan banner terbaik untuk karnival kali ini. Setiap IPG Zon Utara dikehendaki menghantar calon banner. Alhamdulillah, pertama kali banner ini ditayangkan, pengarah IPDA berkata " Saya nak Banner ni"..
Walaupun terpilih, masih terdapat banyak kelemahan dari banner ini. Oleh itu, beberapa pengubahsuaian terpaksa dilakukan. Dan inilah hasilnya.,Hurm..Sebenarnya, saya lebih minat dengan design banner asal yang tidak dimuatkan di dalam post ini. 

Semoga peluang untuk belajar dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

GARISAN DIAGONAL

Bab komposisi gambar nih memang bukan bidang saya ok. Dan, koposisi secara diagonal ni merupakan komposisi yang memang saya lemah.. buat masa ini la..!!

Snap di tengah jambatan.

Awas, jangan naik kereta kabel ini!

EKSPOSUR 30 SAAT

Long Eksposure - 30 saat berposing secara membatu. Satu orang kantoi di situ.. hahaha..

~Pantai Chenang, Langkawi~

KAK JUE - PORTRAITURE

Saya orang baru dalam bidang ini. Gambar ni dah terbiar lama dah kat dalam laptop tu. Sejak awal tahun lepas kot! Minggu lepas baru dapat ilham nak edit..tu pun sebab boring lepas wat esaimen. Berbaloi jugak cuci sawang yang entah berapa bulan tu.. : p

Gambar: Lens Nikkor 18-50 AF f5.6

Teknik? Biasa-biasa punya aja. Antara yang digunakan untuk portrait ni adalah Dodge > Gaussian Blur > Texturing > Color Balance. Voila!!

W - PROJEK A TO Z

Nampak tak huruf w tuh?

Nikon D60, Tamron 17-50mm f2.8 VC

AL-BERTAMI

S: Ma aina taskunu? (dari mana kamu berasal)
J: Askunu fi Bulau Binaj (saya berasal dari Pulau Pinang)

~Haha, Sekarang kamu tahu, saya orang Pulau Pinang~

 Pepintu di belakang Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas

Jejalan belakang kedai-kedai di Kompleks Dato' Kailan

Nikon D60, Tamron 17-50mm f2.8 VC

INTAN PAYUNG

Masa raya baru-baru ni, family x plan untuk balik kampung sebab kedai terpaksa bukak lebih awal. Beraya pun, dengan kawan-kawan yang dekat-dekat ja.
Nak dijadikan cherita, ada sekor kucing ni suka datang menempek kat rumah, kena tinggal dengan tuan rumah la tuh. So, sementara tuan dia balik maka kami yang baik hati ni la yang sudi duk jaga dia.



Manja nya bukan main lagi. Suka sangat gosok kepala kat kaki. Tapi, yang peliknya, bila dukung dia buat muka rimas pulak. Manja, tapi x suka kena dukung.. hmm..

Gambar ni diambil sebelum family btolak untuk beraya di Aloq Setaq..