Pertama sekali, saya sepatutnya berada di padang institut untuk sesi mikroteaching. Disebabkan beberapa perkara berlaku, kelas batal. :) Maka kesempatan ini sayagunakan untuk membuat satu post mengenai bannner yang pernah saya hasilkan.
Banner pertama yang pernah saya hasilkan ialah banner sambutan Kejohanan Balapan & Padang IPG Kampus Pulau Pinang. Banner yang paling penat pernah dihasilkan disebabkan baru belajar lagi masa tu.. Akhirnya, banner ni terpampang jugak dekat astaka institut. :)
Kemudian, peluang untuk belajar membuat banner ini diteruskan dengan tugasan membuat banner untuk program Minggu Disiplin Institut. Kat sini, korang boleh lihat kemahiran mengunakan elemen semakin bertambah sikit.
Alhamdulillah, banner ini siap ditandatangani oleh Tuan Pengarah IPG, Tuan Khalid dan telah digantung di dalam Institut.
Seterusnya pulak, banner untuk Bulan Teknologi Maklumat peringkat IPG. Dalam tugasan ini, senarai aktiviti perlu dimuatkan di dalam banner. Disebabkan masa yang suntuk, setiap aktiviti hanya diletakkan nama sahaja.
Maaf kepada pihak penganjur disebabkan warna hijau pada tulisan anda tidak timbul nampaknya.. adeh..
Terbaru, adalah banner untuk Karnival Sukan IPG Zon Utara. Untuk tugasan kali ini, terdapat pemilihan diadakan bagi menentukan banner terbaik untuk karnival kali ini. Setiap IPG Zon Utara dikehendaki menghantar calon banner. Alhamdulillah, pertama kali banner ini ditayangkan, pengarah IPDA berkata " Saya nak Banner ni"..
Walaupun terpilih, masih terdapat banyak kelemahan dari banner ini. Oleh itu, beberapa pengubahsuaian terpaksa dilakukan. Dan inilah hasilnya.,Hurm..Sebenarnya, saya lebih minat dengan design banner asal yang tidak dimuatkan di dalam post ini.
Semoga peluang untuk belajar dapat diteruskan lagi di masa akan datang.




No comments:
Post a Comment