'FROM PENANG WITH LOVE PART 1' - PORTRAIT BERPASANGAN

pada November 22, 2013

Dalam 'prewedding', pasangan akan memilih untuk mengambil foto bersama dengan pose yang professional untuk dijadikan kenangan selama-lamanya. Prewedding boleh dijalankan selepas majlis pertunangan atau pun sebelum majlis perkahwinan. Latarbelakang yang sering dipilih adalah alam semulajadi, gunung-ganang, salji sebagai 'outdoor portraits'. Kini terdapat ramai jurufoto yang mempunyai idea yang menarik untuk digunakan di dalam portrait untuk pasangan.


Kepada yang berminat, boleh lawati pautan ini.



Bagi yang belum berpengalaman macam saya, saya hanya memilih latar dan pose yang mudah sebagai permulaan. Nasib baik ada ramai rakan yang sudi menjadi model. Mari saksikan proses pembikinan set gambar dari kami. Enjoy.



Sesi ini bermula dengan 2 lagi pasangan (gambar mereka akan saya postkan secara berasingan), bertempat di Dataran Wisma IPG KPP. Kami bermula pada pukul 6 petang dengan kelengkapan yang minima sahaja. Dimulakan dengan pose yang mudah kami mencari rentak untuk bergambar.

Seterusnya, kami bergerak ke kawasan teduh dan rimbun dengan pokok-pokok untuk mendapatkan suasana alam semulajadi dan menyegarkan. Para-para model semua dapat memberikan pose yang mantap, namun apakan daya, banyak gambar yang kabur disebabkan fungsi autofokus lens (Tamron 17-50mm f2.8) yang lemah di waktu gelap. Jadi hanya beberapa pose sahaja yang dapat dipetik untuk dipaparkan di ruangan ini.

 Kemudian, kumpulan kami bergerak ke kawasan lain untuk bergambar. Kami mencuba di sebuah pohon yang besar dan berlatarkan dahan-dahan yang rimbun. Suasana yang boleh digambarkan pada waktu itu adalah gelap seperti di dalam hutan tebal. Oleh itu, saya perlu menggunakan kuasa penuh speedlight untuk mengambil gambar di situ.
Lebih kurang pukul 6:45 petang, kami mengambil peluang untuk mengambil shot diwaktu senja. Pada mulanya saya menggunakan flash yang diletakkan pada kamera.
Dengan menggunakan apertur yang kecil dan setting flash yang sesuai, saya cuba mengambil eksposur subjek dan latar secara serentak tanpa meng'overexposed' atau meng'underexposed'. Namun korang boleh lihat kelemahan menggunakan speedlight di atas kamera dengan jelas. Cuba lihat di bahagian bawah gambar, terdapat kawasan yang underexposed yang dapat dilihat dengan jelas.

Apa-apa pun, jutaan terima kasih diucapkan kepada Hanif dan Tasya kerana sikap sporting mereka dalam sesi fotografi bersama-sama. Tanpa korang, tak dapat la aku belajar.

Credit kepada Hanif dan Tasya.

No comments:

Post a Comment