pada April 26, 2013
Pernahkah anda mendengar tentang
post processing (ataupun
post-proc)?
Topik post-proc imej digital sebenarnya satu perualan hangat bagi sesetengah pihak (dinamakan sebagai Purist). Idea ini dianggap sebagai mengubah dan memanipulasi gambar selepas diambil dianggap mengubah realiti, mencipta sesuatu yang "palsu". Bagi seorang peminat Photoshop seperti saya, saya berpendapat post-proc membuatkan saya seperti seorang photog yang sebenar. Ia bukan sahaja membantu gambar saya menjadi lebih baik malah membantu saya agar mengambil gambar dengan lebih baik.
Di sini saya akan menunjukkan satu demonstrasi post processing yang telah saya jalankan dalam tempoh terdekat.
|
Lihat gambar asal dan post-processing yang pertama (membuang cela/blemish) dengan menggunakan Picasa 3. |
Proses membaiki cela ini dibuat guna Picasa saja. Memang mudah dan cepat. Dari segi kualiti, Google Picasa mungkin tak setanding photoshop ataupun lightroom. Semuanya bergantung kepada ketelitian dan kreativiti diri masing-masing.
Kemudian, selepas siap kesemua cela diperbaiki, saya menjalankan post processing untuk memanipulasi exposure, tone dan sharpness menggunakan photoscape.
Selain itu, anda boleh tambahkan lagi kesan dram seperti gunakan warna hitam-putih ataupun menggelapkan awan. Gunakan berus lukisan semulajadi, imaginasi.
Banyak lagi cara mengolah gambar yang boleh kita gunakan seperti manipulasi, foto kolaj, ton dan mood, dan macam-macam lagi. Bagi saya, tak salah kalau kita mengolah lagi gambar yang diambil. Pengolahan ini sebenarnya membolehkan seorang photographer meningkatkan penyampaian mesej yang ingin disampaikan. Dengan ada mesej, baru karya kita bernilai.
Sekadar perkongsian. Sekian.