wafi amin nordin

 

AYU & AMER - AKAD NIKAH


Tugasan terbaru kali ini adalah di Pasir Gebu, Pulau Pinang. 'Lone Ranger' sahaja kali ini. Huhu, sangat mendebarkan. Alhamdulillah, pasangan Ayu Izzati dan Amer Faiz memberikan banyak sokongan kepada kerja saya. Tahniah AYU & AMER, Selamat Pengantin Baru. Semoga bahagia sehingga ke anak cucu!

 




wafi_taqwa@live.com
+6 0194948330

Tk kerana sudi menjengah. Sekian.

'FROM PENANG WITH LOVE PART 3' - PORTRAIT BERPASANGAN

pada November 22, 2013


Sambungan dari post yang lalu. (Part 1, Part 2)


'FROM PENANG WITH LOVE PART 2' - PORTRAIT BERPASANGAN

pada November 22, 2013


Sambungan daripada post sebelum ini.

'FROM PENANG WITH LOVE PART 1' - PORTRAIT BERPASANGAN

pada November 22, 2013

Dalam 'prewedding', pasangan akan memilih untuk mengambil foto bersama dengan pose yang professional untuk dijadikan kenangan selama-lamanya. Prewedding boleh dijalankan selepas majlis pertunangan atau pun sebelum majlis perkahwinan. Latarbelakang yang sering dipilih adalah alam semulajadi, gunung-ganang, salji sebagai 'outdoor portraits'. Kini terdapat ramai jurufoto yang mempunyai idea yang menarik untuk digunakan di dalam portrait untuk pasangan.


Kepada yang berminat, boleh lawati pautan ini.



Bagi yang belum berpengalaman macam saya, saya hanya memilih latar dan pose yang mudah sebagai permulaan. Nasib baik ada ramai rakan yang sudi menjadi model. Mari saksikan proses pembikinan set gambar dari kami. Enjoy.

PANTAI BERSIH - POST PROCESSING

pada April 26, 2013


Pernahkah anda mendengar tentang post processing (ataupun post-proc)?

Topik post-proc imej digital sebenarnya satu perualan hangat bagi sesetengah pihak (dinamakan sebagai Purist). Idea ini dianggap sebagai mengubah dan memanipulasi gambar selepas diambil dianggap mengubah realiti, mencipta sesuatu yang "palsu". Bagi seorang peminat Photoshop seperti saya, saya berpendapat post-proc membuatkan saya seperti seorang photog yang sebenar. Ia bukan sahaja membantu gambar saya menjadi lebih baik malah membantu saya agar mengambil gambar dengan lebih baik.

Di sini saya akan menunjukkan satu demonstrasi post processing yang telah saya jalankan dalam tempoh terdekat.

Lihat gambar asal dan post-processing yang pertama (membuang cela/blemish) dengan menggunakan Picasa 3.
Proses membaiki cela ini dibuat guna Picasa saja. Memang mudah dan cepat. Dari segi kualiti, Google Picasa mungkin tak setanding photoshop ataupun lightroom. Semuanya bergantung kepada ketelitian dan kreativiti diri masing-masing.


Kemudian, selepas siap kesemua cela diperbaiki, saya menjalankan post processing untuk memanipulasi exposure, tone dan sharpness menggunakan photoscape.



Selain itu, anda boleh tambahkan lagi kesan dram seperti gunakan warna hitam-putih ataupun menggelapkan awan. Gunakan berus lukisan semulajadi, imaginasi.


Banyak lagi cara mengolah gambar yang boleh kita gunakan seperti manipulasi, foto kolaj, ton dan mood, dan macam-macam lagi. Bagi saya, tak salah kalau kita mengolah lagi gambar yang diambil. Pengolahan ini sebenarnya membolehkan seorang photographer meningkatkan penyampaian mesej yang ingin disampaikan.  Dengan ada mesej, baru karya kita bernilai.

Sekadar perkongsian. Sekian.




LIGHT TRAILS

pada Mac 25, 2013


Light trail boleh dijadikan sebagai aktiviti malam yang menyeronokkan. Anda cuma memerlukan sebuah kamera DSLR (atau kamera yang mempunyai setting manual untuk shutter speed) dan alatan penyalaan seperti pemetik api, telefon bimbit ataupun lampu suluh. Pastikan anda berada di temat yang gelap untuk membolehkan kamera anda merakam trail tersebut.

Di dalam ketiga-tiga gambar ini, saya menggunakan setting yang berikut:
Aperture: f/14 Shutter Speed: 5 saat

Peace.


PANTAI BERSIH

pada Mac 25, 2013


Salam, selepas sekian lama berehat dari memegang kamera, akhirnya ada juga ruang masa untuk snap beberapa keping untuk melepaskan rindu. Sekurang-kurannya dapat jugak mengasah kemahiran disamping meluangkan masa yang terbuang.
ISO-100, f/32, Exposure : 6 Sec


ISO-100, f/32, Exposure : 1/1.6 Sec


Lokasi: Tepi Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth Exit 1703

Peta: