HERITAGE WALK - OUTING TO GEORGETOWN [PART 2]

Tiada sebarang refleksi mengenai gambar. Tiada komen buat masa ini. Sekadar gambar. Peace

Dua Beradik

tiga

Takraw dalam tokong

Tidur Petang

_________________________________________________
Iron Sculpture




______________________________________
Ernest's


___________________________________

The Fitting Room


Terima Kasih ^^

HERITAGE WALK - OUTING TO GEORGETOWN

Sebelum exam final semester bermula, baki masa lapang yang ada telah dihabiskan untuk outing di sekitar Georgetown. Memandangkan kamera sendiri ditinggalkan di rumah, terpaksalah menebal muka meminjam 600D dari bilik sebelah. Credit kepada Naqib Zaquan.

Pada mulanya, kami membuat rancangan untuk berjalan dari Georgetown hingga ke Gelugor sebolehnya. Bajet nak cari shot banyak-banyak la. Tapi, apakan daya, tiba-tiba pulak ada kelas revision dan hari waktu itu pun macam nak hujan. Sebagai peringatan, kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan.

Heritage Walk bermula:

Memandangkan malas melanda diri, gambar yang dipostkan pada kali ini hanya bertemakan kenderaan sahaja. Gambar yang lain akan dipostkan di lain hari.

Seorang anak pulang dari mengaji kelas agama dengan menaiki motosikal ayahnya.

Gambar ni ada magic sikit ya. Kalau nak tahu, mata si ayah boleh tengok orang dalam-dalam. Korang duduk la kat mana-mana pun. Dia boleh nampak !!
______________

Panning, panning ni memang tak memberansangkan. Memandangkan motosikal kat area ni bergerak perlahan, shutter kamera terpaksa dilambatkan sampai tak sharp langsung dah gambar hari ni. Cuaca pun mendung macam nak hujan.


Lukisan oleh artis Ernest Zacharevic. Sebahagian projek jalanan bertajuk Mirrors George Town 

 Kedai basikal berhampiran.

 Mini Muda

Mini Tua

Refleksi: Street fotografi sememangnya sangat mencabar. Banyak guna tenaga dan masa. Memandangkan kat kawasan George Town ada banyak subjek menarik, maka tak rugi lah kalau nak "prekis" untuk bergambar sambil makan angin kat sini. Kebanyakan gambar yang di'snap' pada hari tersebut tak ada orang, takda momment yang menarik. Jadi, tak ada feel kat dalam gambar tu la kan. Pfft~

p/s: kalau frame orang kat dalam, sebaiknya biar nampak riak mukanya sekali. tips#?

BOBBY DAN KOPPY

Wah, sudah lama tak update. Buat masa ni, tiada sebarang projek pasal fotografi. Asyik melayan budak comey saja, beginilah jadinya. MALAS.

By the way, mempersilakan:

Terima kasih kerana menyebabkan saya homesick.

INSTAGRAM

Salam. check out la gambar dari instagram saya. Sudah lama tak post kat sini.

Morning


Penang rock
Sisters

seni semut
sharpie

SI BOTEK & ANAK-ANAKNYA

Kat rumah saya ada lah sekor kucing nama Botek. Kemunculan Botek pun agak misteri sebab dia datang rumah masa hari raya baru-baru nih. Mungkin tuan dia balik kampung kot. Entah macamana ceritanya, masa balik rumah lepas raya, umi cakap Botek dah duduk dengan kami dah..

Dan sekarang, Botek dan beranak 3 ekor anak kucing. Happy Neko Family~

Botek ( Di luar ), Po Po & Pu Pu ( warna hitam ) & Bobby ( warna hitam putih )

Neko-neko~

DIY ND FILTER

Induksi: Sila rujuk tajuk dan gambar di bawah.


Setelah sekian lama sibuk dengan kerja-kerja di IPG,  akhirnya dapat jugak mencari masa untuk fotografi. Saya cukup suka bukak fotoblog (tak pasti nak panggil apa) macam clickitupanotch , tishanbaldeo , strobist dan rarindra. Kalau dah minat, tak jemu mata memandang bukan?

Ok. Berbalik kepada "D.I.Y" Do It Yourself ND Filter nih, filter nih dibuat daripada cermin welding dan diikat pada lens hood dengan getah. Itu saja. Jom DIY !!

Sebenarnya memang cara lain untuk membuat ND filter nih, cuma bagi saya, cara ni adalah yang paling mudah. Kebetulan juga saya punya lens memang dilengkapi dengan lens hood. Jadi, cara inilah yang menjadi pilihan hati.. Okeh, bagi sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut pasal DIY ND Filter nih, boleh rujuk kat sini ya:

DIY ND Filter:
http://www.zwphoto.ca/diy-10-stop-nd-filter

Semua tentang Filter:
http://www.photography101.org/basics/lens_filters_explained.html